Khamis, 14 September 2017

BAB 9 : LARAS BAHASA

Laras Bahasa

Pengenalan Laras Bahasa

Ø Laras Bahasa ialah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Ia juga merujuk kepada gaya dan pelisanan atau penulisan.

Ø Penggunaan laras bahasa merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Mengapa Laras Bahasa Digunakan ?

Ø Ciri-ciri Keperihalan
o  Situasi Luaran
o  Situasi Persekitaran

Ø Ciri-ciri Linguistik
o  Aspek Bunyi
o  Aspek Perkataan
o  Aspek Ayat

Situasi Luaran :

Ø Maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

Ø Ia juga merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

Situasi Persekitaran :

Ø Cara Penyampaian
Ø Perhubungan Sosial dan Peribadi
Ø Bahan
Ø Fungsi Sosial

Ciri-ciri Linguistik :

Ø Aspek Bunyi
Ø Aspek Perkataan
Ø Aspek Ayat


Jenis-jenis Linguistik :

Ø Laras Bahasa Biasa
Ø Laras Bahas Iklan
Ø Laras Bahasa Sains
Ø Laras Masa Media Massa
Ø Laras Bahasa Rencana
Ø Laras Bahasa Undang-undang
Ø Laras Bahasa Agama
Ø Laras Bahasa Sukan
Ø Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Ø Laras Bahasa Ekonomi
Ø Laras Bahasa Akedemik

Laras Bahasa Biasa

Tiada konteks yang khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Penggunaan dalam perbualan harian. Ia juga tiada istilah yang khusus. Struktur ayatnya sangat mudah, ringkas dan padat.
Kata pinjaman tidak banyak digunakan. Tiada istilah dalam bentuk teknikal. Bentuk laras bahasa biasa formal juga digunakan dalam situasi rasmi sahaja.
Bentuk laras bahasa juga biasa tidak formal menggunakan 
ciri-ciri bahasa basahan

Contohnya :

Ø Hai Ali ! Nak ke mana tu ? Tak nak singgah dulu ?
Laras Bahasa Iklan / Permiagaan
Ø Untuk menyampaikan maklumat berkesan
Ø Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipetingkan
Ø Tidak memetingkan tatabahasa
Ø Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
Ø Ayatnya sangat ringkas dan pendek
Ø Ia hanya menggunakan pernyataan tertentu

Contoh :

Ø Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

Laras Bahasa Sains

Ø Laras bahasa ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan
Ø Istilah sains dan teknikal adalah banyak dan mempunyai sifat yang intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta. Ia juga mempunyai istilah pinjaman
Ø Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi. Ia juga terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.

Contoh :

o  Apabila akson berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amatlah berbeza iaitu selaput itu terkutub.

Laras Bahasa Media Massa

Ø Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar atau pembaca.
Ø Laras media massa pula tidak memetingkan tatabahasa seperti imbuhan dan kata hubung. Ia juga tiada istilah teknikal dan khusus
Ø Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu :
Ø Ringkas, misalnya Kedah Juara Tiga Piala 2007: Piala 2007
Ø Tafsiran, misalnya peningkatan jumlah tafsiran atau misalnya peningkatan jumlah kenderaan punca daripada jerebu.
Ø Petikan, misalnya jangan politikkan petikan, misalnya jangan politikkan islam hadhari.
Laras Bahasa Rencana
Ø Ianya bersifat umum  dan menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu atau perkara.
Ø Gaya bahasanya juga mudah untuk difahami.
Ø Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci.

Contohnya :

o  Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru proton, ‘Proton Satria GTi masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor reka bentuk, kemudahan untuk mendapatkan alat ganti dan ketahananya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasi pasaran dalam dan luar negara.

Laras Bahasa Undang-undang

Ø Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
Ø Terdapat istilah yang khusus kebanyakanya dipinjam daripada bahasa inggeris.
Ø Makna dan kosa kata berdasarkan intepretasi.
Ø Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipetingkan. Ia juga bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.
Ø Tiada graf atau gambar.
Ø Binaan ayatnya adalah sangat panjang.

Contoh :

o  Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk menggemukan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan yang berkenaan denganya.

Laras Bahasa Agama

Ø Membincangkan isu agama dan ada istilah pinjaman.
Ø Terdapat petikan
Ø Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.

Contoh :

o  Dari Anas r.a , katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia atau binatang. Maka orang yang menanam itu akan mendapat pahala.

Laras Bahasa Sukan

Ø Menyampaikan maklumat kegiatan sukan. Bahasa adalah sangat ringkas, bersahaja dan jelas.
Ø Ada istilah aktiviti sukan.
Ø Kosa kata mudah difahami

 Contoh :

o  Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di stadium Nasional malam tadi.

Laras Bahasa Sastera / Kreatif

Ø Laras bahasa sastera terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman.
Ø Ada istilah khusus tentang sastera.
Ø Bersifat figuratif iaitu penyimpangan makna daripada bahasa biasa.
Ø Memetingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat.
Ø Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola.
Ø Bernada puitisi dan bersifat komunikatif.

Contohnya :

o  Apabila berbicara mengenai kesusateraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.


Laras Bahasa Ekonomi

Ø Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi.
Ø Ada istilah teknikal ekonomi.
Ø Tidak menggunakan struktur ayat.
Ø Gaya bahasa yang formal.
Ø Maklumat jelas dan eksplisit.
Ø Fakta berdasarkan bukti data dan statistik.

Contoh :

o  Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

Laras Bahasa Akademik

Ø Laras bahasa akademik bersifat ilmiah, formal dan objektif.
Ø Gaya bahasanya menunjukkan kematangan dan keintelektualan yang berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.
Ø Ada kesempurnaan bahasa seperti kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Ø Istilah yang bersifat khusus dan sukar untuk difahami oleh orang yang tidak berkependidikan tinggi.
Ø Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
Ø Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian.
Ø Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks.

Contoh laras sains dalam bidang biologi :

o  Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melincinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan adalah bersifat alkali.

Kepentingan Laras Bahasa Kepada Masyarakat

Ø Laras bahasa amat penting.
Ø Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju dan mundurnya.
Ø Perbandingan jumlah laras bahasa melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat dan bertambah pesat.
Ø Penutur-penutur bahasa melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.
Ø Lebih penting mesti tahu membezakan antara laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu.
Ø Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang sempurna kerana kadang kala menjadi teladan kepada kita semua.

Ø Laras bahasa yang baru seharus dipelajari sebagai satu kemahiran untuk kita. Ianya mestilah dipupuk kepada mereka sejak tahap persekolahan yang rendah lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan