AYAT
AKTIF
Ayat aktif ialah ayat
yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata kerja berimbuhan awalan me-,
mem-, meng- dan menge-.
Contohnya :
Subjek
Asal
|
Kata
Kerja
|
Ah
Seng
|
mengecat
|
AYAT
PASIF
Ayat pasif ialah ayat
yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan dan
menggunakan imbuhan di
Contohnya : Dinding
dicat oleh Ah Seng.
Objek
Asal
|
Kata
Kerja
|
dinding
|
dicat
|
AYAT
AKTIF DAN AYAT PASIF
AYAT
AKTIF
|
AYAT
PASIF
|
Hamidon
menendang bola
|
Bola
ditendang oleh Hamidon
|
Pak
Dol menggali lubang
|
Lubang
digali oleh Pak Dol
|
Encik
Salleh menjual kereta terpakai
|
Kereta
terpakai dijual oleh Encik Salleh
|
Puan
Siti memarahi pekerja yang curi tulang
|
Pekerja
yang curi tulang dimarahi oleh Puan Siti
|
AYAT
PASIF TERBAHAGI KEPADA 7 BAHAGIAN
1. AYAT PASIF DENGAN
IMBUHAN KATA KERJA PASIF DI-
2. AYAT PASIF DENGAN
IMBUHAN KATA KERJA PASIF TER-
3. AYAT PASIF DENGAN
IMBUHAN KATA KERJA PASIF KE-
4. AYAT PASIF DENGAN
IMBUHAN KATA KERJA PASIF BER-
5. AYAT PASIF DENGAN
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
6. AYAT PASIF DENGAN
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
7. AYAT PASIF DENGAN
KATA BANTU PASIF KENA
AYAT
PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF di, di-….kan, di….i, diper…..kan, diper….i
Contoh ayat;
Ø Sampah-sarap itu dibakar
oleh ayah.
Ø Roti itu dibeli oleh
Hasyim.
Ø Aktiviti itu dikelola
oleh persatuan Matematik.
Ø Pembunuh bersiri iti
dikehendaki oleh pihak berkuasa.
AYAT
PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF
Contoh ayat :
Ø Tembok itu terlanggar
oleh motosikal.
Ø Susu itu terminum oleh adik.
AYAT
PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF KE-
Contoh ayat :
Ø Penduduk kampung itu
kegelapan sepanjang malam.
Ø Peserta kursus pertanian
itu kepanasan.
AYAT
PASIF DENGAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF BER-
Contoh ayat :
Ø Pinggan itu sudah
bersusun.
Ø Lantai itu sudah
bersapu.
AYAT
PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Contoh ayat :
Ø Emak saya temani ke
pasar.
Ø Sampah-sampah itu telah
kami bakar.
AYAT
PASIF DENGAN KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Contoh ayat :
Ø Masalah itu perlu kalian
selesaikan.
Ø Kerja ini perlu anda
siapkan.
AYAT
PASIF DENGAN KATA BANTU PASIF KENA
Contoh ayat :
Ø Rambutan itu kena kait.
Ø Baju itu kena jahit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan