Khamis, 14 September 2017

BAB 1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU

 Perkembangan Bahasa Melayu

Beberapa teori telah menyatakan bahawa Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Mereka telah datang daripada daeraha Yunan dan menjelajah ke selatan,
dalam bentuk bebrapa gelombang pergerakan manusia dan mereka
telah menduduki Wilayah Asia Tenggara.

Ia telah berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi lagi dan telah 
datangnya golongan pertama yang dipanggil Melayu Proto.

Kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi pula telah datangnya
gelombang yang kedua yang dipanggil Melayu Deutro.

Bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada bahasa  Austronesia
untuk memudahkan ahli-ahli bahasa telah membahagikan kepada 3 tahap yang dikenali sebagai : 

Pertama - Bahasa Melayu Kuno
Kedua   - Bahasa Melayu Klasik
Ketiga  -Bahasa Melayu Moden

RUMPUN BAHASA MELAYU :

Rumpun Bahasa Melayu Austronesia terdiri daripada empat buah keluarga yang lebih kecil dalam sejarah bahasa melayu iatu :

Pertama-Nusantara
Kedua    -Polenisia
Ketiga    -Melanisia
Kempat -Mikronesia

Nusantara ialah bahasa yang terdapat di kepulauan Melayu seperti Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog dan Solo.Polenisia adalah bahasa seperti Tonga, Hawaii, Maori dan Haiti.Melanisia ialah bahasa-bahasa yang terdapat di kepulauan seperti di Fuji, Irian dan kepulauan Kaledonia.Mikronesia pula ialah bahasa-bahasa seperti di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna, dan Gillbert

KELUARGA BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia tenggara seperti di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.
Bahasa Melayu turut dikenali Bahasa Malaysia dan di Singapura dan Brunei sebagai Bahasa Kebangsaan.selain itu juga Bahasa Melayu juga turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.Antara faktor yang menyumbang kepada penyebaran Bahasa Melayu ialah perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan pada zaman dahulu.

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa nusantara di bawah golongan bahasa sumatera.Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan sriwijaya. Pada waktu itu Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh-pengaruh daripada luar .

Disebabkan itu agama hindu menjadi pegangan orang melayu pada ketika itu, bahasa melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa sunskrit iatu yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan bahasa melayu itu sendiri.

Bahasa sunskrit pula dianggap sebagai bahasa sarjana yang digunakan oleh golongan-golongan bangsawan sahaja.

Antara bukti-bukti pengunaan bahasa melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang ditulis dengan huruf palawa.

A. Batu bersurat kedudukan bukit di Palembang (683 M)
B. Batu bersurat Talang Ruwo Palembang (684 M)
C. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
D. Batu bersurat di  Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambin (686 M)

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Ciri-ciri bahasa melayu kuno sangat banyak kata-kata pinjaman daripada Sanskrit. Susunan ayatnya juga bersifat Melayu contohnya seperti :-

Bunyi b akan jadi w :- bulan-wulan
Bunyi e pepet tidak wujud :- dengan-dangan
Awalan perkataan ber akan jadi mar :- berlepas-marlapas 
Awalan di akan jadi ni :- diperbuat-niperbuat

Selain itu ada juga bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh dan h :- sukhatshitta.

Huruf h akan hilang dalam bahasa moden :- semua-samuha/saya-sahaya.

Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik

Apabila pengaruh agama islam yang semakin mantap di asia tenggara, bahasa melayu kuno mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Bukti untuk peralihan batu bersurat ini ada 3 :-

A. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau -1356-. Ianya ditulis dalam huruf india dan mengandungi prosa  Melayu Kuno dan beberapa baris sajak dalam sanskrit. Bahasanya juga berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke -7

B. Batu bersurat di Minye Aceh 1380, masih memakai abjad india dan yang berbezanya buat pertama kali terdapat di situ pengunaan perkataan bahasa arab seperti kalimah Nabi, Allah dan Rahmat.

C. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu 1303-1387, ianya ditulis dalam bahasa jawi dan ini membuktikan tulisan arab telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada abad tersebut.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir bagi perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, telah munculnya kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik ada 3 zaman :-

Pertama  = Zaman kerajaan Melaka
Kedua      = Zaman kerajaan Aceh
Ketiga      = Zaman kerajaan Johor/Riau

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Ciri-cirinya ialah ayat yang panjang, berulang kali, berbelit-belit. terdapat banyak ayat pasif didalamnya. Ianya mengunakan bahasa-bahasa istana :-

Kosa kata Klasik :- ratna mutu manikam/edan kesmaran[mabuk asmara]/sahaya/masghul[sedih]. Ianya banyak mengunakan perdu perkataan kata pangkal ayat :- sebermula/alkisah/hatta/adapun

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden telah bermula pada abad ke-19. Hasil daripada karya karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman Bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan british, bahasa melayu telah mencapai kedudukan yang tertinggi dan berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan islam. Selepas perang dunia ke-2, british mengubah dasar dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Selepas merdeka, perlembagaan persekutuan perkara 152 telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan. Dibawah akta bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam sistem pendidikan negara.

Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca

-Bahasa perhubungan di rantau nusantara
-Digelar ''bahasa perlabuhan ''pada zaman melayu Melaka
-Mudah dipelajari berbanding bahasa sanskrit dan bahasa jawa
-mengalami evolusi pertama menerima bahasa sanskrit

Bahasa Persuratan

A. Hubungan
-Digunakan oleh kerajaan melayu dalam menjalinkan hubungan   perdagangan dengan kerajaan lain.

B. Skrip Jawi Terawal
-Dua pucuk surat sultan kepada raja portugal pada tahun 1521

C. Teks Jawi Tertua
-Aqai'd al-nafasi mengandungi 43 halaman dengan lima baris arab   dan lima baris terjemahan

Bahasa Melayu Dalam Pendidikan

Laporan Razak 1956 mencadangkan pembetukan satu sistem pendidikan kebangsaan, pengakuan matlamat akhir Bahasa pengantar utama, permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling malaysia dan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang sama bagi semua pelajar di malaysia.

Akta Bahasa Kebangsaan

Akta bahasa kebangsaan 1963/67 telah memperuntukan selepas 1 september 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi sahaja kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ada ditulis dalam Bahasa Inggeris. Akta ini menimbulkan ketidakpuasan hati orang-orang melayu dengan jaminan bahawa Bahasa Inggeris terus digunakan dan dilihat sebagai mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi.

Akta Pendidikan 

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
-1957 = mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah.
-1970 = bahasa pengantar darjah 1.
-1975 = semua sekolah rendah inggeris ditukar jadi skolh rndh kb 
-1976 = bahasa pengantar tingkatan 1.
-1979 = bahasa pengantar tingkatan vi aliran sastera.
-1980 = bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universit.i
-1981 = bahasa pengantar tingkatan vi aliran sains.
-1982 = bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
-1983 = bahasa pengantar semua kursus di universiti.

  
Bahasa Rasmi 

Bahasa Rasmi merupakan bahasa yang diberikan status secara saholeh sesebuah negara,negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan, perdagangan, perusahaan, kehakiman dan lain-lain.

Bahasa Perpaduan

Maksud dan fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa, misalnya apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka akan dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan pengunaan bahasa kebangsaan. Selain itu, setiap anggota masyarakat yang berbilang kaum dan keturunan ini mestilah bernaung dibawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu bukan sahaja fungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.

Bahasa Dan Budaya 


Ada berbagai teori mengenai hubungan bahasa dan kebudayaan. Ada yang mengatakan bahasa itu merupakan sebahagian daripada dua hal yang berlainan, namun mempunyai hubungan yang sangat erat, sehingga tidak dapat dipisahkan. Ada yang mengatakan bahawa bahasa sangat dipengaruhi oleh kebudayaan sehingga semua hal yang ada dalam kebudayaan akan tercermin di dalam bahasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan