PEMBENTUKAN KATA NAMA BAHASA MELAYU
PEMBENTUKAN KATA NAMA
*Kata Nama Tunggal
*Kata Nama Terbitan
*Kata Nama Majmuk
*Kata Nama Ganda
KATA NAMA TUNGGAL
Kata nama tunggal ialah
perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan,
pergandaan dan pemajmukan.
Contoh :
Dunia
|
Zoo
|
Wanita
|
Kampung
|
Keris
|
Garam
|
Tudung
|
Belantara
|
Keldai
|
Negeri
|
Pagar
|
Demokrasi
|
Gong
|
Dam
|
Lengkuas
|
Malaikat
|
JENIS KATA TUNGGAL
Kata tunggal satu suku
kata
Kata tunggal dua suku
kata
Kata akronim
Kata tunggal tiga suku
kata
Kata tunggal empat suku
kata dan lebih
BENTUK KATA TUNGGAL SATU
SUKU KATA
1. KV=(YU, RU, YA)
2. VK=(AM)
3. KVK=(CAT, WANG, BAH)
4. KKVK=(STOR, GRED,
SKOR)
5. KVKK=(TEKS, BANK,
ZINK)
6. KKKV=(SKRU)
7. KKKVK=(SKRIP, SPRING,
SRTRAW)
BENTUK KATA TUNGGAL DUA
SUKU KATA
1. V + KV = (AKU, APA,
UBI)
2. V + VK = (AIR, AUR,
AIS)
3. V + KVK = (ADIK,
EMAS, UBAT)
4. VK + KV = (UNDI,
IMPI, ANGKAN)
5. VK + KVK = (AMBIL,
UMPAN, ANGKAT)
6. KV + V = (DUA, DOA,
TUA)
7. KV + VK = (JAUH,
TUAH, BUAH)
8. KV + KV = (JALA,
PASU, BUKU)
9. KV + KVK = (KAPAL,
TELUR, SIKAT)
10. KVK + KV = (LAMPU,
BINTI, TUNGGU)
11. KVK + KVK =
(BANGSAL, BINTANG, TAMPUNG)
BENTUK KATA TUNGGAL TIGA
SUKU KATA
1. KV + V + KV = (CUACA,
SUARA, TUALA)
2. KV + V + KVK = (BIAWAK,
PIUTANG, ZIARAH)
3. V + KV + V = (USIA,
IDEA, UREA)
4. KV + KV + V = (SEMUA,
MULIA, KAEDAH)
5. KVK + KV + V =
(TEMPUA, MENTUA, SEMPUA
6. KV + KV + VK =
(KERUAN, SELUAR, HALUAN)
7. KVK + KV + VK =
(MENGKUANG, MENDIANG, BERLIAN)
8. V + KV + KV = (UDARA,
UTAMA, IRAMA)
9. V + KV + KVK =
(IJAZAH, AMANAH, AKIDAH)
10. VK + KV + KV =
(ASMARA, ANTARA, ISTERI)
BENTUK KATA TUNGGAL
EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH
1. KV + KV + VK + KV =
(KELUARGA, BI DUANDA)
2. KV + KVK + KV + KV =
(SEDERHANA, SAYEMBARA)
3. KVK + KV + KV + KV =
(LAKSAMANA, SANDIWARA)
4. KVK + KV + V + KV =
(SENTIASA)
5. KV + KV + KV + KV =
(BIDADARI, SERIGALA)
BENTUK KATA AKRONIM
Tergolong dalam kata
tunggal dan akronim juga boleh ditulis dalam 3 cara.
Gabungan beberapa huruf
awal rangkai kata. Contohnya :
*ABIM- Angkatan Belia
Islam Malaysia
*IKIM - Institut
Kemahiran Islam Malaysia
*ADUN - Ahli Dewan
Undangan Negeri
Gabungan suku kata
dengan huruf awal / gabungan suku kata dengan suku kata. Contohnya :
*MARA - Majlis Amanah
Rakyat
*PERKIM - Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia
*BERNAMA - Berita
Nasional Malaysia
Gabungan suku kata
dengan suku kata yang ditulis dengn huruf kecil semuanya. Contohnya :
*TABIKA - Taman
Bimbingan Kanak2
*KUGIRAN - Kumpulan
Gitar Rancak
*CERPEN -Cerita Pendek
KATA NAMA TERBITAN
Ø Kata nama terbitan telah
wujud apabila kata nama diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama
terbitan boleh diletakkan.
Di
awal kata (awalan)
|
Di
akhir kata (akhiran)
|
Di
awal dan akhir kata (apitan)
|
Di
pertengahan kata (sisipan)
|
Ø Contoh-contoh imbuhan :
Di
awal kata
|
Pe-,
pem-, pen-, peng-, penge-, per- dan ke-
|
Di
akhir kata
|
Ita-,
man-, wati-, an- dan wan-
|
Di
awal dan akhir kata
|
Per-…an,
penge-…an, peng-…an, pen-…an, pem-…an, pe-…an dan ke an-…
|
Ø Kata dasar yang diberi imbuhan
untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :
Kelas
Kata
|
Kata
Dasar
|
Kata
Terbitan
|
Kata
Kerja
|
Peraga
Latih
Bawa
lawan
|
Peragawati
Latihan
Pembawaan
Perlawanan
|
Kata
Sendi
|
Oleh
Untuk
|
Perolehan
peruntukan
|
Kata
Nama
|
Lombong
Rumah
Guru
|
Perlombongan
Perumahan
Perguruan
|
Kata
Adjektif
|
Cantik
Besar
Tinggi
|
Kecantikan
Pembesar
Ketinggian
|
KATA TERBITAN BERSISIPAN
Ø Wujud dalam kata nama,
kata adjektif dan kata kerja.
Ø Contohnya :
o Sisipan
kata nama
v el- (kelengkeng,
telunjuk, kelabut
v er- (keruping,
seruling, serabut)
o Sisipan
kata adjektif
v el- (kelebek,
selerak, gelembung)
v er- (gerodak)
v em- (gemilang,
semerbak, gemerlap)
v in- (sinambung)
o Sisipan
kata kerja
v el- (jelajah,
gelegak)
KATA MAJMUK
Ø Perkataan yang dibentuk
dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
Ø Perkataan yang terhasil
membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja secara
terpisah. Contohnya :
o Kerusi
malas
o Biru
laut
o Terima
kasih
o Telefon
dail terus
Ø Kata majmuk hendaklah
dibezakan daripada frasa.
Ø Dua perkataan
digabungkan menjadi kata majmuk dan bertindak sebagai satu unit dengan maksud
tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Contohnya :
o Antara
rumah batu, tidak dapat disisipkan perkataan yang (rumah
yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu).
BENTUK KATA MAJMUK
Kata majmuk rangkai kata
bebas
Kata majmuk istilah
khusus
Kata majmuk simpulan
bahasa atau kiasan
KEKECUALIAN BENTUK KATA
MAJMUK
Ø Kata ini dieja sebagai
satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
Ø Bentuk ini dianggap
sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut :
apabila
|
apahal
|
apakala
|
antarabangsa
|
beritahu
|
bagaimana
|
bumiputra
|
darihal
|
daripada
|
dukacita
|
jawatankuasa
|
kakitangan
|
kerjasama
|
kadangkala
|
padahal
|
persuruhjaya
|
manalagi
|
manakala
|
matahari
|
setiausaha
|
sukarela
|
sukacita
|
suruhanjaya
|
tanggungjawab
|
warganegara
|
olahraga
|
ubahsuai
|
sukaneka
|
tandatangan
|
pribadi
|
pribahasa
|
prikemanusiaan
|
kepada
|
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Ø Apabila kata majmuk
digandakan hanya melibatkan unsur pertama sahaja.
Ø Bagi kata majmuk yang
terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap penggandaan
melibatkan seluruh unsurnya seperti berikut :
o Jam-jam
tangan
o Jalan-jalan
raya
o Persuruhjaya-persuruhjaya
o Warganegara-warganegara
o Timbalan=timbalan
pengarah
KATA GANDA
Ø Kata dasar yang
mengalami proses pengulangan.
Ø Berlaku dalam du cara,
iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan
sebahagian kata dasar sahaja.
Ø Semua golongan kata yang
terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dapat
membentuk kata ganda.
JENIS KATA GANDA
Penggandaan penuh
Pebggandaan separa
Penggandaan berentak
PENGGANDAAN PENUH
Ø Penggandaan penuh ialah
proses menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan
atau tidak. Contohnya :
o Cantik-cantik
o Penderma-penderma
o Jalan-jalan
o Bangunan-bangunan
o Orang-orang
PENGGAANDAAN SEPARA
Ø Proses menggandakan
sebahagian kata dasar sahaja.
Ø Contoh : sesiku, jejari,
lelangit dan kekuda.
Ø Jika penggandaan separa
digunkan pada kata terbitan, hanya kata dasar yang utama sahaja yang digandakan
tanpa melihat imbuhanya. Contohnya :
o Tinjau-meninjau
o Bergaduh-gaduhan
o Benci-membenci
PENGGANDAAN BERENTAK
Ø Proses menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
Ø Terdapat 3 bentuk
penggandaan berentak iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.
o Pengulangan
Vokal
v Kuih-muih
v Lauk-pauk
v Selok-belok
o Pengulangan
Konsonan
v Gopoh-gapah
v Huru-hara
v Mandi-manda
o Bebas
v Ipar-duai
v Kusut-masai
v Tungkus-lumus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan