PENGENALAN :
Bidang kajian tentang
prinsip dan proses pembinaan ayat dalam bahasa tertentu. Prinsip bermaksud
aturan atau rumus yang memungkinkan berlakunya pembinaan ayat. Dalam
tatatingkat tatabahasa, sintaksis menggarapkan frasa, klausa dan ayat.
TATABAHASA :
Peraturan tentang
pembetukan kata dan penggabungan kata dengan perkataan lain untuk menghasilkan
ayat yang gramatis.
DEFENISI AYAT
Unit yang paling tinggi
dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat diucapkan dimulai dengan kesenyapan. Ayat
diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan mengamdungi makna yang lengkap.
Ayat itu terdiri daripada subjek dan predikat.
AYAT
Makna
Intonasi
Binaan
SINTAKSIS
AYAT
|
Pelajar
itu sedang membaca buku
|
|||||
KLAUSA
|
Pelajar
itu sedang membaca buku
|
|||||
FRASA
|
Pelajar
itu
|
Sedang
membaca buku
|
||||
PERKATAAN
|
pelajar
|
itu
|
sedang
|
membaca
|
buku
|
|
Ayat – unit pengucapan
yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.
Klausa – satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat,
Iaitu menjadi unsur atau konstituen dalam ayat.
Frasa – unit yang boleh
terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang
Kurangnya dua perkataan. Tidak mempunyai subjek dan predikat. Boleh
menjadi unsur kepada klausa.
Perkataan – bentuk
tatabahasa yang terkecil. Bentuk bebas yang boleh berdiri
sendiri. Unsur kepada frasa.
KLAUSA
Ø Klausa Bebas : boleh
berdiri sendiri dan boleh bersifat ayat lengkap.
o Contohnya
:
v Kamu sungguh berani.
v Pelajar itu sudah
berlepas.
Ø Klausa Tak Bebas : tidak
dapat berdiri sendiri.
o Contohnya
:
v Melawan perompak itu
v Menaiki kapal terbang
POLA-POLA AYAT DASAR
POLA
|
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
POLA
1
|
FRASA
NAMA (FN)
Tun Mahathir
Emak saudara saya
|
FRASA
NAMA (FN)
Seorang negarawan
Pensyarah universiti
|
POLA
2
|
FRASA
NAMA (FN)
Lelaki itu
Borang biasiswa itu
|
FRASA
KERJA (FK)
Sedang menulis
Akan dikirim tidak lama lagi
|
POLA
3
|
FRASA
NAMA (FN)
Pelajar-pelajar itu
Budak berbaju hitam itu
|
FRASA
ADJEKTIF (FA)
Amat rajin
Tinggi sungguh
|
POLA
4
|
FRASA
NAMA (FN)
University kami
Baju itu
|
FRASA
SENDI (FS)
Di kuala lumpur
Untuk ibu di kampung
|
SUSUNAN AYAT
Ø Susunan biasa – subjek
ayat mendahului predikat.
o Pemandangan di kawasan itu sungguh cantik.
o Tugasan itu siap juga akhirnya.
o Rombongan itu belum tiba lagi.
o Hadiah itu daripada pihak penganjur.
Ø Susunan songsang –
pendepanan seluruh predikat ayat mendahului subjek.
o Sungguh
cantik pemandangan di kawasan itu.
o Siap
juga akhirnya tugasan itu.
o Belum
tiba lagi rombongan itu.
o Daripada
pihak penganjur hadiah itu.
Ø Susunan songsang –
pendepanan sebahagian daripada predikat.
A. Pendepanan Frasa Kerja
o Wanita
itu terduduk di tepi tangga.
o Terduduk
wanita itu di tepi tangga.
o Mereka
berbaring di bawah pokok.
o Berbaring
mereka di bawah pokok.
B. Kata kerja dengan ojek
o Kakak
membeli buku di kedai itu.
o Membeli
buku kakak di kedai itu.
o Mereka
membaca buku di situ.
o Membaca
buku mereka di situ.
C. Kata bantu dengan kata kerja.
o Penari-penari
itu masih berlatih di dewan.
o Masih
berlatih penari-penari itu di dewan.
o Adik
saya pernah melawat ke Putrajaya.
o Pernah
melawat adik saya ke Putrajaya.
D. Pendepanan frasa adjektif
o Tubuhnya
lesu sepanjang hari.
o Lesu
tubuhnya sepanjang hari.
E. Kata bantu dengan kata adjektif
o Buah
rambutan itu belum tentu manis.
o Belum
tentu manis buah rambutan itu.
F. Pendepanan frasa sendi nama
o Arahan
itu daripada dekan fakulti pengurusan perniagaan.
o Daripada
dekan fakulti pengurusan perniagaan arahan itu.
o Rombongan
itu akan bertolak pada pukul 10.00 pagi
o Pada
pukul 10.00 pagi rombongan itu akan bertolak.
RAGAM AYAT
Ø Ayat aktif
o Ayat
yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur
diterangkan.
v Penyalahgunaan dadah
mengancam keselamatan negara.
v Ibu membelikan adik
sehelai baju.
Ø Ayat pasif
o Terbentuk
daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan
objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
v Keselamatan negara
diancam oleh penyalahgunaan dadah.
v Adik dibelikan oleh ibu
sehelai baju.
JENIS-JENIS AYAT
Ø Ayat penyata
o Ayat
yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan atau keterangan tentang
sesuatu hal.
v Lelaki berbaju biru itu abang saya.
Ayat
berita
Ayat
keterangan
Ø Ayat Tanya
o Ayat
yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal.
v Mereka telah bertolak ke
sabah ?
Ø Ayat perintah
o Ayat
yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Ø Ayat suruhan
o Ayat
yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
v Keluarlah dari sini
sekarang juga.
Ø Ayat larangan
o Menggunakan
kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja.
v Janganlah kamu suka
bertengkar dengan mereka.
v Tak usah engkau
pedulikan kata-katanya itu.
Ø Ayat silaan
o Menggunakan
kata silaan seperti sila dan jemput.
v Sila kembalikan buku
yang kamu pinjam itu sebelum hari jumaat.
v Jemputlah manjamah
makanan yang terhidang itu.
Ø Ayat permintaan
o Menggunakan
kata permintaan seperti tolong dan minta dengan tujuan memohon pertolongan dan
permintaan.
v Minta bersabar sebentar
sementara menunggu gangguan elektrik pulih.
Ø Ayat seruan
o Ayat
yang menggunakan kata seru seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh dan syabas.
Bertujuan untuk melahirkan suatu perasaan takut, gembira, marah, takjub dan
sakit.
v Wah, gagahnya budak itu
!
v Aduh, sakitnya kepalaku
ini !
BENTUK-BENTUK AYAT
Ø Ayat tunggal
o Ayat
yang terdiri daripada satu objek dan satu predikat sahaja.
v Dia membunuh perompak
itu.
v Membunuh perompak itu
dia.
v (ayat songsang ----
predikat mendahului subjek)
Ø Ayat majmuk
o Mengandungi
lebih daripada satu subjek atau predikat
Ø Ayat majmuk gabungan
o Terdiri
daripada dua atau lebih ayat yang dijadikan satu. Menggunakan kata hubung dan,
atau, tetapi, sambil, lalu dan serta.
v Ali suka bermain hoki.
v Dia selalu berlatih dengan
rakan-rakanya.
Ø Ayat majmuk pancangan
o Terdiri
drpda satu induk atau utama dengan satu atau beberapa ayat atau klausa kecil.
Ayat induk juga boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.
Ø Ayat majmuk pancangan
relative
o Ayat
ini menggunakan hubung relative yang. Digunakan untuk
memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
v Saya membaca buku yang ditulis oleh Keris Mas.
Ø Ayat majmuk pancangan
komplemen
o Ayat
terdiri daripada klausa induk dengan klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi
kata kerja dalam ayat induk. Menggunakan kata induk bahawa dan untuk.
Ø Ayat majmuk pancangan
keterangan
o Ayat
yeng terdiri daripada satu klausa induk dan satu klausa kecil atau lebih
berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Menggunakan kata hubung seperti
semoga, harus dan jika.
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
kerana
|
agar
|
meskipun
|
sekiranya
|
semoga
|
supaya
|
kalau
|
andai kata
|
kendatipun
|
hingga
|
jika
|
serrasa
|
sementara
|
Setelah
|
sewaktu
|
ketika
|
Ø Ayat majmuk campuran
o Ayat
yang mangandungi lebih daripada satu jenis ayat iaitu campuran ayat tunggal
dengan ayat majmuk atau deretan ayat majmuk.
v Dia mengambil buku yang
baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidurya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan