Khamis, 14 September 2017

BAB 4&5 : PROSES PEMBENTUKAN KATA

Proses Pembentukan Kata

Proses Peristilahan Kata Umum Bahasa Melayu


v Mana-mana kata umum dalam Bahasa melayu termasuk kata dialek kawasan atau Bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat :

Ø Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan

v Kata yang dipilih adalah yang paling singkat sekiranya ada sekelompok sinonim. Contohnya :

Ø Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Ø Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

v Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang



Unsur dan Peristilahan Tatabahasa dalam Peristilahan

Penggunaan Kata Akar / Bebas

v Istilah dapat dibentuk daripada kata akar iaitu kata bebas. Seperti gaya, sudut, kaji, rumpuk, watt, volt, asid.

Proses Pengimbuhan

v Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya.
v Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan aitilah yang berbeza – beza.


Kata Dasar / Akar
Pelaku / Alat
Hal / Keadaan / Tempat
Tani
Petani
Pertanian(hal bertani)
Usaha
Pengusaha
Perusahaan (hal berusaha)

Proses Penggandaan

v Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan, kumpulan atau kejamakan dapat dibentukan dengan penggandaan. Contoh :

·        Kacang kacang-kacang
·        Jari jejari
·        Rumput rerumput

Proses Penggabungan

v Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. Contohnya :

·        Meja tulis
·        Kerjasama
·        Kapal korek

Istilah Singkatan  dan Lambang

Singkatan

v Istilah singkata terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan.
v Mengugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya.

·        Contoh : lab (oratory)

v Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutanya seperti bentuk lengkap.

·        Contoh : tadika / cerpen / kugiran

v Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah, begini dipanggil sebagai akronim.

·        Contoh : JKR (Jabatan Kerja Raya) / TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)

Lambang Huruf dan Bilangan

v Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

v Nama dan lambang unit mengikut system international d’unites (SI) Sintem Unit Antarabangsa.


Kuantiti Fizikal
Unit Dasar
Lambang
      Panjang
    Meter
      M
       Waktu
      Saat
       S



Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman

Jenis Ejaan

v Ejaan grafemik

·        Ejaan rumi

v Ejaan etimologi / asal

·        Jika timbul kekaburan seperti istilah yang sama sebutan dan ejaan seperti media massa, kedua-dua dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.

v Ejaan transliretasi arab : bismillahirrahmanirrahim

v Ejaan transkripsi

·        Bureau – biro
·        Police – polis
·        Ambulance – ambulans

Penyesuaian Ejaan

v Istilah asing yang pengucapanya sudah sebati dalam Bahasa melayu sejak dulu lagi seperti : pencen dan stesen tidak akan berubah.

v Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam Bahasa melayu seperti landrover / ad hoc dikekalkan seperti dalam Bahasa sumber.

v Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati daripada segi sebutan dan ejaan dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih kekal macam asalnya seperti :

·        Haemoglobin – hemoglobin
·        Automatic – automatic

Penyesuaian Ejaan Imbuhan Asing

v Daripada satu pihak, imbuhan asing dapat dianggap sebagai sebahagian daripada kata istilah yang hendak diserap. Ia jarang dianggap sebagai imbuhan. Contoh :

·        Aktif
·        Primer
·        Semivokal

Gugusan Konsonan

v Gugus konsonan yang dimiliki Bahasa melayu adalah khusus bagi menulis kata / istilah pinjaman daripada Bahasa inggeris dan Bahasa asing lain. Contohnya :



Gugus Konsonan
Perkataan
bl-
Blok, blaus
dr-
Drama, draf
-rd
Standard
-nk
Bank, link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan