SINTAKSIS BAHASA MELAYU
PENGENALAN :
Ayat ialah unit
pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa yang
mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur
klausa, frasa, dan perkataan.
Binaan Ayat
Ayat mengandungi dua
bahagian utama: subjek dan predikat :
Subjek
|
Predikat
|
Encik Muhaimin
|
Pensyarah Bahasa Melayu kami
|
Perarakan Maulidur Rasul
|
Sedang berlangsung di sekolah
|
Ibu Magaret
|
Menjual kuih
|
Golongan Ayat
Seringkas-ringkas ayat
yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah).
Ayat tunggal dapat dikembangkan menjadi ayat majmuk, dengan meluaskan unsur
subjek atau unsur predikat atau kedua-duanya. Ayat 1, 2, 3, dan 4 dapat
dikembangkan menjadi ayat 1a, 2a, 3a, dan 4a.
Ayat
Tunggal
|
Ayat
Majmuk
|
Saya
guru
|
Saya
guru tetapi saya tidak suka mengajar
|
Guru
kelas sedang mengambil kehadiran
|
Guru
kelas sedang mengambil kehadiran sambil berdiri
|
Guru
sekolah ini rajin
|
Guru
sekolah ini rajin serta bertanggungjawab
|
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat
yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut :
Pola
|
Jenis
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
1.
|
FN
+ FN
|
Encik
Abu
|
pemborong
kain.
|
2.
|
FN
+ FK
|
Dia
|
membaca
buku.
|
3.
|
FN
+ FA
|
Amirul
|
sangat
segak.
|
4.
|
FN
+ FS
|
Sekolah
saya
|
di
Sibu.
|
Daripada pola-pola ayat
dasar inilah terbitnya ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat
tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif
dan sebagainya.
Frasa dalam Pola Ayat
Dasar
Pola atau corak ayat
perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan
lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam
bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.
Pola
|
Contoh
|
Subjek
+ Predikat
|
Subjek
+ Predikat
|
Frasa
Nama + Frasa Nama
|
Ibu
saya seorang doktor
|
Frasa
Nama + Frasa Kerja
|
Ayah
Diana membeli surat khabar
|
Frasa
Nama + Frasa Adjektif
|
Encik
Hamidon tegas orangnya
|
Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama
|
Saya
dari Bandar Sibu
|
Daripada rajah di atas,
dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa Nama (FN), manakala
predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa
Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah
berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS). Sebelum
membincangkan binaan-binaan frasa tersebut, adalah lebih baik sekiranya
definisi dan konsep frasa dibincangkan terlebih dahulu.
Definisi dan Konsep
Frasa
Takrif dan konsep frasa
ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa
ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa
merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan
atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa
pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi definisi dan tafsiran
frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya akan
ditelusuri. Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu
Za’ba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata Takrifan yang ringkas
ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik.
Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut
Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk
bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Menurut tatabahasa transformasi
generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata
major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata
adjektif.
1. Si Tompok
yang berbulu merah itu sudah mati.
2. Tompok mati.
Subjek dalam ayat (1)
mengandungi frasa nama yang terdiri daripada sekelompok kata dengan kata.
Tompok sebagai kata major. Namun, dalam ayat (2) terdapat pula frasa nama yang
terdiri daripada satu kata, iaitu Tompok. Maka jelaslah bahawa satu kata major
sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa. Dalam buku-buku tatabahasa
lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri
daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah
rangkai kata oleh Zaba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu
rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang saya akan membincangkan juga
definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu yang lain. Bagi Nik Safiah
Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Contohnya :
Ø Pelajar
Ø seorang pelajar
Ø seorang pelajar sekolah
Ø seorang pelajar sekolah
rendah
Jenis-jenis frasa
ditentukan oleh perkataan yang menjadi inti frasa. Dengan demikian,
penggolongan jenis frasa ditentukan sejalan dengan penggolongan jenis kata
kerana sifat dan perilaku frasa sama dengan sifat dan perilaku kata.
Berdasarkan hal tersebut, frasa dapat dibezakan kepada empat jenis , iaitu :
Ø Frasa nama
Ø Frasa kerja
Ø Frasa adjektif
Ø Frasa sendi nama
Keempat-empat frasa
tersebut akan disentuh dari aspek binaan frasanya.
FRASA NAMA
Frasa nama (FN) ialah
binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstiten utama,
iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama
ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut :
Ø FN + FN
Ø FN + FK
Ø FN + FA
Ø FN + FS
Dalam semua pola ayat di
atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai
predikat dalam pola FN + FN sahaja.
Subjek
Frasa Nama
|
Predikat
Frasa Nama
|
Ibu
|
guru
|
Ibu
budak itu
|
guru
|
Ibu
budak itu
|
guru
sekolah agama
|
Kota
Bharu
|
serambi
mekah
|
Bandar
Kota Bharu
|
serambi
mekah
|
Jelas daripada ayat-ayat
di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun
beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa
nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang
hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK) :
Subjek
|
Predikat
Frasa Kerja
|
|
Kata
Kerja
|
Objek
|
|
Orang
itu
|
memanggil
|
saya
|
Kanak-kanak
itu
|
menaiki
|
bas
sekolah
|
Para
siswazah
|
memohon
|
jawatan
itu
|
Satu lagi tempat yang
diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama.
Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS)
ialah :
Subjek
|
Predikat
Frasa Sendi Nama
|
|
Sendi
Nama
|
Frasa
Nama
|
|
Mereka
|
di
|
Kuala
Lumpur
|
Tabung
simpanan itu
|
untuk
|
masjid
|
Hadiah
itu
|
daripada
|
Nasir
|
Kereta
itu
|
ke
|
Kuala
Perlis
|
Bagi binaan frasa nama
pula, ia boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis
hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada
satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara
perkataan atau perkataan lain merupakan penerang atau penerang-penerangnhya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.
Peraturan D-M (Hukum
D-M)
Kata yang diterangkan,
atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir
kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hokum
Diterangkan -Menerangkan. Contohnya - pisang goreng Sungguhpun begitu, umumnya
susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam
beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan
atau gelaran dan bilangan.
Frasa Kerja
Frasa kerja boleh
terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai
intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. Frasa kerja terbahagi
kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.
Subjek
|
Frasa
Kerja
|
Kata
kerja
|
Amirul
|
membaca buku
|
KKT
|
Fatimah
|
berlari
|
KKTT
|
Adik
|
tidur
|
KKTT
|
Ibu
|
meraut buluh
|
KKT
|
FRASA ADJEKTIF
Frasa Adjektif sebagai
frasa Endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi
predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK,
manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh:
Ø FA sebagai predikat
Subjek
|
Frasa
Adjektif
|
Suara
penyanyi itu
|
merdu
|
Warna
bajunya
|
kemerah-merahan
|
Tuala
itu
|
hapak
|
Ø FA sebagai unsur
keterangan (KK)
· Mereka pulang segera
· Kereta bergerak terlalu laju
Ø FA sebagai penerang KN
dalam predikat
· Nasi lemak masakan popular
· Usman Awang Pensyair Agung
FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama ialah
satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Sekiranya subjek
sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa sendi, maka ayat itu
mempunyai pola FN + FS. Contohnya :
Subjek
|
Predikat
|
Frasa
Sendi
|
|
Zakuan
|
dari
bandar itu
|
Bandar
itu
|
di
Sarawak
|
Saya
|
ke
Pulau Pinang
|
Cerita
itu
|
tentang
Gunung Kinabalu
|
Kata Sendi Nama + Frasa
Nama, Contoh:
-ke sekolah rendah
-daripada kayu jati
Kata Sendi Nama + Kata
Nama Arah + Frasa Nama, Contoh:
-ke luar jendela
-dari dalam hatinya
Kata Sendi Nama + Kata
Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen, Contoh:
-ke dalam medan
pertempuran untuk mempertahankan Negara
Kata Sendi Nama + Kata
Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan, Contoh:
-di atas pangkuan ibu
setiap malam
-ke utara Semenanjung
Malaysia pada tahun hadapan
Frasa sendi nama wujud
bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa
ini boleh didahului oleh kata bantu. Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya
wujud bersama frasa nama.
Subjek
|
Predikat
|
|||
Frasa
sendi nama
|
||||
Kata
bantu
|
Kata sendi
nama
|
Kata
arah
|
Frasa
nama
|
|
Faizal
|
------------
|
dari
|
arah
utara
|
Perlis
|
Kedai
Pak Abu
|
------------
|
di
|
depan
|
Masjid
|
Rombongan
sekolah
|
akan
|
ke
|
-------------
|
Auditorium
Negara
|